Tuesday, July 1, 2008

Mau Dapetin 50 Juta



KapanLagi.com



Silahkan daftar melalui baner diatas.Situs Kapanlagi.com menawarkan bagi sepuluh pemenang yang diundi sampe akhir 2008

Klik yang tidak sah di program adsense

Klik dan impresi yang tidak sah

Sebarang klik ke atas iklan Adsense anda seharusnya berlandaskan keinginan yang tulin. Sebarang cara dan kaedah untuk mengklik iklan Adsense anda dan untuk menghasilkan impresi adalah amat dilarang sama sekali. Antara cara dan kaedah yang dilarang ini adalah termasuk sebarang klik daripada pemilik akaun Adsense itu sendiri, menggunakan 'robots', menggunakan sebarang peralatan yang menghasilkan klik / impresi secara automatik, menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk menghasilkan klik / impresi seperti 'paid-to-click', 'paid-to-surf', sebarang rangkaian 'click-exchange programme', atau dengan menggunakan sebarang software. Harap maklum bahawa pemilik akaun Adsense adalah dilarang sama sekali mengklik iklan mereka sendiri. Kegagalan dalam mematuhi polisi ini akan menyebabkan akaun anda digantung / dibatalkan.

Klik yang digalakkan

Untuk memastikan para pelayar laman web anda dan para pengiklan di laman web anda mendapat pengalaman melayari laman web anda dengan baik, pemilik akaun Adsense tidak dibenarkan meminta / mengharapakan para pengguna laman web mereka untuk mengklik sebarang iklan yang terdapat di laman web tersebut. Pemilik akaun Adsense di laman web tersebut:

- tidak boleh menggalakkan pengguna mengklik sebarang iklan Google dengan memaparkan sebarang permintaan seperti 'Sila klik iklan ini', 'sokonglah kami', 'sila layari pautan ini', atau sebarang ayat yang mempunyai pengertian yang sama.
- tidak boleh menarik perhatian pengguna dengan menggunakan sebarang gambar anak panah atau sebarang gambar yang menunjukkan kearah iklan Google.
- tidak boleh meletakkan sebarang gambar / logo bersebelahan iklan Google yang dipaparkan.
- tidak boleh memaparkan iklan tersebut melalui email atau melalui laman-laman web yang tidak dibenarkan.
- tidak boleh menawarkan sebarang imbuhan / hadiah kepada pengguna untuk mengklik iklan tersebut.
- tidak boleh menamakan iklan tersebut selain iklan Google.